Sabtu, 19 Mac 2011

abu hasan as saari

saya terbaca catitan ulamak muda umno kesah seorang ulamak islam dari mazhab akidah muktazilah , yang bernama abu hasan assari, katanya abu hasan seorang pemimpin besar pengikut muktazilah , setelah dia merasa pegangannya tidak benar lalu dia masuk pula dalam pengikut ahli sunnah setelah dia mendapat petunjuk ketika dia dalam munajatnya,

saya juga pernah terbaca daripada kitab lama tentang kesah abu hassan assari yang terkenal dengan ilmu kalamnya iaitu ilmu sifat dua puloh . Saya tak pasti abu hasan yang mana , tapi nama serupa ,

dari maklumat saya ini abu hasan assari dulunya murid kepada imam malik yang memerintah di madinah , abu hasan telah berjumpa gurunya imam malik dengan membawa fakta hujah ilmu kalam iaitu ilmu usul sifat dua puloh sebagai jalan mengenal tuhan , imam ma
lik setelah mendengar huraian muridnya abu hasan assari lalu menasihati supaya tidak dihebah ilmu itu kerana katanya akan menyesat manusia dia
khir zaman

alasan imam malik adalah ilmu itu bolih dipelajari olih semua orang walau kafir sekali pun kerana ilmu mengingat fakta sebagai dalil walau pun digunakan dalil nas dari alquran dan akal , sedang kan makrifat kepada allah taala tak akan dapat dengan belajar , ia semata mata anugerah dari sifat kehambaan yang tulus ikhlas , sedangkan ilmu abu hasan berbeza

abu hasan assari yang merasa tak puas hati dengan komen gurunya lalu meninggalkan perguruan imam malik , setelah lama selepas itu ada seorang lagi yang membawa ilmu ini iaitu dikenali abu mansur al maturidi , dari segi pengembangan nya ternyata ia amat berkesan untuk mematah hujah hujah daripada kaum nasrani , yang menganggap isa anak tuhan ,

kalaulah abu hasan assaari ini yang dimaksudkan pemimpin muktazilah tadi maka saya bolih lah membuat kesimpulan bahawa ilmu sifat dua puloh itu dari kalangan ilmu muktazilah , ada dikalangan kita hari ini menganggap sifat dua puloh sebagai wajib dipelajari , sedangkan ayat quran surah al ikhlas itu tidak begitu penting bagi mereka berbanding sifat dua puloh ,

dengan ushul tahkid sifat dua puloh ini banyak dipegang olih pengamal ilmu hakikat , kebanyakan mereka ini mengunakan akal sebagai penilaian , dengan pembawakan ilmu mengenal diri . Yang dikatakan kenal diri kenallah tuhan ,

dalam huraian dari buku hakikat insan karangan hj mat laksamana satu ketika dulu ada mengisahkan asal terbit nya ilmu sifat dua puloh ini ,

daripada sepotong hadis awaluddin makrifatullah iaitu awal ugama mengenal allah . Mereka mentafsirkan alddin itu ialah alquran , maka awal quran itu ialah basmallah , bilangan huruf dalam basmallah itu jumlahnya sembilan belas , lalu ditambah satu menjadikan dua puloh , yang ditambah itu katanya rahsia , itulah asalnya ilmu kalam sifat dua puloh ,

bukanlah tak belajar ilmu sifat dua puluh tak sah islam sebagaimana dakwaan mereka . Kita pun sedia maklum pensyarah usulludin di university islam ada diantaranya yang berugama kristian . Kalaulah makrifat daripada sifat dua puloh ini betul maka betullah pula pensyarah nya itu , iaitu kristian ,

olih itu kembalilah kepada alquran dan hadis sebagai matlamat mencari makrifat kepada allah taala , surah aljkhlas walau pendik tapi lengkap sebagai pengenalan yang hakiki. Tak perlu menghafal hujah dan nas daripada sifat dua puloh , sebab itulah mungkin abu hasan assaari kembali kepada sunnah kerana kesudahan ilmu usulludin sifat dua puloh itu dalam kalimah syahadat , la ila ha illa allah muhammadul rasul lullah , habis belajar segala pecahan wajib mustahil dan harus barulah mereka masuk islam , sebab telah mengucap dua kalimah syahadah , bagaimana pula dengan pensyarah usuluddin tadi?